Order Form

Name:
Email Address:
Hp Number
Address
Enquiry

This online form was provided by Freedback.

Friday 23 November 2012

DIET TAPI BOLEH MAKAN APA SAJA??


Dengan mengamalkan SD2, insyaAllah berat badan tak naik walaupun termakan kharbohidrat. Saya ingin share dengan anda semua bagaiman membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat melalui  pemakanan.

1) Selepas sejam bangun dari tidur, terus ambil breakfast! Kenapa? Jika anda lambat mengambil makanan ianya akan melambatkan proses metabolisme dalam badan. Tugas metabolisme adalah membantu untuk membakar kalori di dalam badan. Jika anda lambat ambil breakfast, nanti perut anda akan terasa lapar. So masa itu anda akan makan dengan banyaknya. Waktu yang sama juga kadar metabolisme sedang menurun kerana lambat makan ini akan menyebabkan proses pembakaran makanan adalah perlahan.

2) Kurangkan makanan berkharbohidrat seperti nasi, mee, bihun, roti, pizza, spenggeti dan seangkatan dengannya. Kenapa? Sebab kharbohidrat hanya memberi tenaga selama 2jam sahaja selepas itu anda akan cepat merasa lapar, seterusnya ianya juga akan mempercepatkan perut anda menjadi buncit.

3) Banyakkan pengambilan protein seperti ikan, ayam, daging, tenusu, kekacang dsd. Kenapa? Protein akan meningkatkan tenaga yang lama (tahan kenyang yang lama), akan membantu mengembangkan otot-otot / muscle. Otot-otot jika mengembang akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membantu untuk membakar kalori dengan cepat.

4) Pastikan dalam setiap hidangan makanan ada sayur-sayuran yang mempunyai warna sekurang-kurangnya 3-7 untuk wanita dan 3-9 warna untuk lelaki. Kenapa? Setiap warna mempunyai vitamin-vitamin yang berbeza yang diperlukan oleh badan. Jumlah pengambilannya adalah banyak contoh jumlah sayur sebesar mangkuk sup yang sederhana besarnya.

5) Harus minum air kosong yang banyak. Kenapa? Air adalah bahan membantu mempercepatkan proses penghadaman dan perkumuhan. Sekurang-kurangnya 3-6 litre sehari mengikut saiz badan seseorang. Jika besar maka perlukan banyak minum air.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...