Order Form

Name:
Email Address:
Hp Number
Address
Enquiry

This online form was provided by Freedback.
Showing posts with label EXTRA. Show all posts
Showing posts with label EXTRA. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

PENURUNAN BERAT BADAN~~


Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..





1. Berat Air

Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.


2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot

Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.


3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya 

Dalam Garisan Lurus

Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.


4. Menghampiri Berat idaman Anda



Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk “mempertahankan” terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu’ untuk anda.

LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA ANNA 013-6312569 

(CALL/SMS/WHATSAPP)

RUNDINGAN PERCUMA!!

Friday, 27 July 2012

AIR MASAK....BERAPA BANYAK KITA KENA MINUM???


Salam.. 

Ok, ramai jgk yg tanya pasal air masak ni.. Kebetulan ada jumpa 1 tips yang agak menarik pasal air masak @ plain water ni..




Kebiasaannya, air masak yang diperlukan adalah lebih kurang 2 liter sehari untuk setiap orang, untuk fungsi badan kita berfungsi dengan betul. Walaubagaimanapun, ada 1 tips ni menyatakan, kalau nak tau brapa banyak jumlah air masak yang diperlukan, kena bahagikan berat badan kita dengan 25..

Contohnya, macam saya ni, berat 54kg / 25 = 2.16. Jadi maksudnya, badan saya memerlukan 2.16 liter air sehari baru lah badan kita memproses dengan betul, dan secara x langsung, membuang toksik2 atau lemak2 yang xdiperlukan itu, lebih2 lg bila menggunakan SDII ni..

Selamat mencuba.. :)

Wednesday, 25 July 2012

KENAPA KENA BANYAK MINUM AIR??







Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan. Namun yang paling PENTING lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin RENDAH dan penurunan berat badan anda akan menjadi LAMBAT..

# Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna

# Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan

# Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan

# Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit

# Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

#Minumlah banyak air semasa anda berdiet Alpha Lipid SDII kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik.


Tuesday, 24 July 2012

Tahukah Anda Tentang Buah-Buahan?



Ramai antara kita bila berdiet mesti nak gantikan makanan dengan buah-
buahan. Tahukah anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu tinggi kandungan karbohidrat dan kalorinya. Sebab tue la sepanjang menjalankan program diet bersama SD II, kita tak boleh makan buah yang tinggi karbo.








 Di sini saya listkan senarai buah-buahan serta kandungan karbohidrat dan kalori yang terdapat di dalam buah-buahan.Pada pandangan saya buah adalah tidak sesuai untuk di ambil ketika berdiet.

  • Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g
  • Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g
  • Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g
  • Kcang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g
  • Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g
  • Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g
  • Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g
  • Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g
  • Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g
  • Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g
  • Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g
  • Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g
  • Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g
  • Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g
  • Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g
  • Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g
  • Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g
  • Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g
  • Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g
  • Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g
  • Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g
  • Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g
  • Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g
  • Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g
  • Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g
  • Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g
  • Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g
  • Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g
  • Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g
  • Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g
  • Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g
  • Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g
  • Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g
  • Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g
  • Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g
  • Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g
  • Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g
  • Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g
  • Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g
  • Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g
  • Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g
  • Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g
  • Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g
  • Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g
  • Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g
  • Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g
  • Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g
  • Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g
  • Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g
  • Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g
  • Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g



Sila pastikan jenis diet anda..:)

KETO STICK???


KEPADA PENGGUNA YANG SEDANG MENCUBA SD II ANDA DISARANKAN MENGGUNAKAN KETO STICK..

APA ITU KETO STICK?

Keto Stick digunakan untuk menguji air kencing dengan mengukur jumlah ketone, iaitu kumuhan pembakaran lemak di badan. Cara penggunaan : Rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit. Lihat jika ada perubahan warna.

Warna putih - tiada pembakaran lemak berlaku. Anda masih memakan banyak karbohidrat.
Warna pink - pembakaran lemak sedang berlaku secara optimum.

Warna pink gelap/ ungu - badan anda tidak cukup air dan/atau karbohidrat. Pastikan air yang diminum adalah sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan/atau tambahkan pengambilan karbohidrat sedikit supaya keto stick kembali pink.


Selepas hari ke-3 berdiet dengan SDII, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan air kencing dengan Keto Stick. Bacaannya seharusnya berwarna merah jambu untuk keputusan terbaik, iaitu pembakaran lemak sedang berlaku dengan optimum. 

Sekiranya pemeriksaan air kencing dilakukan pada waktu pagi, ia mengukur kadar pembakaran lemak anda bagi pengambilan makanan anda pada malam sebelumnya. Manakala sekiranya pemeriksaan dilakukan pada sebelum minum petang, ianya mengukur pemakanan anda pada sebelah pagi yang sama. Dengan keto stick, anda tidak boleh menipu diri sendiri kerana hasilnya akan kelihatan dengan jelas di situ. 

Untuk beberapa hari pertama diet, teruskan pengambilan karbohidrat anda yang paling minimum supaya anda akan mendapat ketosis dengan cepat. Walau bagaimanapun, memandangkan kadar metabolisme adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka anda haruslah menguji air kencing anda setiap hari untuk anda mencari Tahap Kritikal Karbohidrat anda sendiri. Sekiranya masih berwarna putih, maka anda harus mengurangkan lagi kadar pengambilan kabohidrat supaya badan anda masih membakar lemak. Sekiranya sudah berwarna pink, anda boleh mengujinya dengan menambahkan kabohidrat yang di ambil secara sedikit demi sedikit, untuk mengenal pasti Tahap Kritikal Kabohidrat anda sendiri


Harga Keto Stick : RM27 (Terdapat 50 keping untuk 50x ujian)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...